• Magika: Singgah Pulang Pementasan Teater Penuh Makna
    20 Nov 2026
    Peminat teater berpeluang menyaksikan sebuah pementasan drama fantasi memaparkan beberapa ikon legenda dalam budaya folklor Melayu yang terpaksa menghadapi cabaran setelah diteleportasi ke dunia moden. Pementasan bertajuk Magika: Singgah Pulang ini terbitan pelajar Malaysia sempena sambutan MNight, Malam Malaysia 2026. SBS Bahasa Melayu berbual dengan tiga anggota penerbitan untuk mengetahui lebih lanjut tentang pementasan ini.

    #sbsaudiopodcast
    Toon meer Toon minder
    17 min.
  • What does Kumanjayi mean? Understanding Sorry Business - Apakah Erti Istilah Kumanjayi? Memahami Sorry Business
    19 Nov 2026
    When someone dies, families and communities may have cultural practices and responsibilities around mourning. For many Aboriginal and Torres Strait Islander people, this is known as Sorry Business. There is no single way to observe Sorry Business. Practices differ between communities, families and language groups. Learn about what Sorry Business can involve, what the term “Kumanjayi” means in some Central Australian communities, and how you can show care when someone is grieving. - Di kalangan komuniti kaum Aboriginal dan Orang Kepulauan Selat Torres, apabila seseorang ahli meninggal dunia, keluarga dan masyarakatnya mempunyai amalan dan tanggungjawab budaya tertentu berkaitan dengan upacara berkabung. Amalan ini dikenali sebagai amalan kemaafan atau Sorry Business. Dalam episod Australia Explained kali ini, anda akan mengetahui apakah amalan Sorry Business ini, erti istilah 'Kumanjayi' dalam sesetengah masyarakat di Central Australia, serta cara menunjukkan keprihatinan anda terhadap seseorang yang sedang berkabung.

    #sbsaudiopodcast - #sbsaudiopodcast
    Toon meer Toon minder
    14 min.
  • Mencari Pho Halal Di Melbourne
    11 Nov 2026
    Istilah phở dipercayai berasal daripada perkataan Perancis untuk sup daging lembu, iaitu pot-au-feu, khususnya perkataan feu bermaksud api yang menjadi sebutan betul sajian ini. SBS Bahasa Melayu mengunjungi Springvale, subbandar Melbourne yang terkenal dengan komuniti Vietnam untuk mencari phở yang halal.

    #sbsaudiopodcast
    Toon meer Toon minder
    7 min.
  • Skim PALM: Peluang Keemasan Bekerja Di Australia Atau Indah Khabar Dari Rupa?
    6 Nov 2026
    Apakah kebajikan lebih 30 ribu pekerja di bawah Skim Mobiliti Buruh Pasifik atau PALM perlu dipertingkatkan? Skim ini membolehkan penduduk dari sembilan negara kepulauan Pasifik dan Timor-Leste datang bekerja di Australia menerusi kontrak pekerjaan untuk tempoh tertentu, sekali gus membantu sektor industri yang berdepan kekurangan tenaga kerja. Namun, apakah Skim PALM ini lebih indah khabar dari rupa?

    #sbsaudiopodcast
    Toon meer Toon minder
    9 min.
  • Migran Generasi Baru Bukti Kepelbagaian Budaya Memanfaatkan Australia
    2 Nov 2026
    Retorik sayap extremis kanan sering dipenuhi dengan sentimen anti-immigresen, terutamanya dari India, Afrika, Timur Tengah dan Asia, namun anugerah Top 50 Elite Next Generation 2026 menunjuk bahawa negara ini diperkayakan lagi hasil sumbangan golongan migran. SBS Bahasa Melayu dijemput menghadiri majlis anugerah ini anjuran kelab usahawan Entrepreneur Business Club di Docklands, Victoria.

    #sbsaudiopodcast
    Toon meer Toon minder
    6 min.
  • Dua Anugerah Bukti Kehebatan Pereka Fesyen Generasi Baru Danish Rizal
    1 Nov 2026
    Sempena Pesta Pembaziran Sifar Zero Waste Festival 2026, satu pertandingan fesyen lestari membukti kehebatan bakat seorang graduan rekaan fesyen dari Malaysia. Danish Rizal dianugerahkan pemenang keseluruhan serta memenangi kategori pilihan penonton, the People's Choice Award. SBS Bahasa Melayu berpeluang menyaksi peragaan fesyen lestari kitar tinggi, Rewear Runway 2026.

    #sbsaudiopodcast
    Toon meer Toon minder
    5 min.
  • How people shape change, and why your voice matters | How Australia Works - Menuntut Perubahan Dan Kepentingan Bersuara | Bagaimana Australia Berfungsi
    26 Oct 2026
    Can a small group change a local council decision? When Julie learns her community library may close, she joins other residents in a campaign to save it. Her story explores how you can take part in Australian democracy by signing petitions, attending community meetings, contacting councillors and voting. - Apakah sekumpulan penduduk setempat mampu mengubah keputusan majlis tempatan mereka? Setelah Julie mengetahui bahawa perpustakaan komuniti di kawasannya mungkin ditutup, beliau menyertai penduduk setempat dalam kempen untuk menyelamatkan perpustakaan mereka. Kisah Julie meninjau bagaimana anda boleh mengambil bahagian dalam proses demokrasi Australia melalui petisyen yang ditandatangani, menghadiri mesyuarat komuniti setempat, menghubungi ahli majlis tempatan dan mengundi.

    How Australia Works is an SBS podcast that uses real stories and clear explanations to help you understand how government work in Australia, how laws are made and changed, and how you can have a say. Listen to the series and find shorter versions in 60 languages on the How Australia Works main page. - How Australia Works is an SBS podcast that uses real stories and clear explanations to help you understand how government work in Australia, how laws are made and changed, and how you can have a say. Listen to the series and find shorter versions in 60 languages on the How Australia Works main page.
    Toon meer Toon minder
    9 min.
  • Perubahan Pertuturan Bahasa Asing Asas Semak Semula Program SBS
    24 Oct 2026
    Golongan migran pasti mempunyai kenangan dan pengalaman tersendiri mendengar siaran SBS dalam bahasa mereka sendiri. Rancangan pelbagai bahasa ini telah berubah dan berkembang sejak permulaan SBS pada tahun 1975. Kini, SBS Australia sedang menjalani kajian semula perkhidmatan bahasa demi memenuhi keperluan masyarakat Australia yang semakin berubah.

    #sbsaudiopodcast
    Toon meer Toon minder
    8 min.