Pukul 3.00 Pagi Titelbild

Pukul 3.00 Pagi

Reinhören

30 Tage Audible Standard kostenlos testen

Danach 6,99 €/Monat. Monatlich kündbar
Für 0,00 € ausprobieren
Weitere Angebote

Pukul 3.00 Pagi

Von: Aina Emir
Gesprochen von: Dean Anwar
Für 0,00 € ausprobieren

Verlängert sich nach 30 Tagen für 6,99 €/Monat. Monatlich kündbar.

Für 25,54 € kaufen

Für 25,54 € kaufen

Pukul 3.00 pagi sudah menjadi sinonim dengan ritma otaknya kerana di waktu begitu dia sering berlegar-legar di alam maya, terutama di blog Kuntum Merah Jambu. Maklumlah pada siang hari, dia bekerja di sebuah syarikat ICT. Pada waktu malamlah dia aktif dengan bisnes online nya. Pun begitu, Dania atau 'Nia' berdepan dengan masalah bekalan yang sering kali terputus. Ketika itulah, lelaki kacak tapi 'brutal' bernama Danish muncul sebagai hero. Danish beria-ia memaksa abangnya Anas untuk membantu Nia. Semestinya ada udang di sebalik mi goreng, itulah sangka Nia. Dania juga mempunyai masalah dalam keluarga. Ibu dan ayah tidak sehaluan. Malah, bertimpa-timpa musibah datang memberi tekanan. Sementara itu, kehadiran bos berpersonaliti 'enigma' di tempat kerjanya sering kali buat Nia jadi bingung. Ada ketika Khairin garang macam singa, ada masa dia jadi macam anak kucing. Tentunya lelaki genius itu mampu menggoyahkan perasaan Nia, mungkin kerana 'kepelikan' dan 'keunikan' yang ada pada dirinya. Lagipun, bukankah Khairin memang ada hati pada Dania? Tetapi... siapa pula agaknya yang suka benar mengganggu Nia di awal pagi? Keadaan itu kadang-kadang membuatkan dia rimas dan sakit hati. Sesungguhnya, Dania tidak pernah teringin untuk bermadu kasih dengan hak orang. Pukul 3.00 Pagi, membincangkan perasaan 'baik' vs 'jahat'. Apakah mungkin label 'baik' pada Dania mampu untuk berubah? Bukankah dia sekadar manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan? Tapi... kenapa Kak Rina marah-marah dan menganggap Dania tidak bijak dalam urusan memilih calon? Zeitgenössische Liebesromane
adbl_web_anon_alc_button_suppression_t1
Noch keine Rezensionen vorhanden